Gagal Test JPJ (episood 2)

Assalamualaikum w.r.t



Nampak x tajuk yg aku dah taip kat  atas ni... Jangan baca kekuat sangat la.. #bercakap dengan nada yg malu sambil menutup muka dgn sapu tangan yg dibeli di tesco dgn harga RM 0.99 sehelai.. murahkan??? Kalau last test aku langgar belakang kete orang, kali ni aku langgar kon plak.. hahahahaha.. teruk bebenor.. dalam susur galur atuk nenek moyang aku, x de sape yg pena amek test jpj kete sampai 3 kali.. aku je yg dah mencemar duli dgn mengambil ujian jpj kete sebanyak 2 kali n masih x lulus.. *kalau nk tau kisah jpj kali ke3 aku sila baca entri yg episod 3..

Aku pun x tau apa masalah aku sampai nak melanggar2 ni.. Aku x dapat nafikan yg aku sbg pemandu berhemah seharusnya menunjukkan contoh tauladan yg baik kepada orang len (bwerkk.. jom muntah sesama). Saksi2 yg berada di tempat kejadian  bagi tau yg kon yg aku langgar tu memang maut serta merta di tempat kejadian akibat digelek selenyek2 nya oleh aku. Aku bersumpah yg aku langsung x nampak kon tu sebelum n semasa aku  langgar kon tu..
Masa aku langgar kon tu, aku memang dengar cam bunyi sesuatu yg agak kuat.. Tp, aku masih terpinga2 memikirkan apakah bunyi itu yg sebenarnya bunyi kon yg telah sememangnya penyek dilenyek oleh kete yg aku pandu... "Apakah bunyi itu? Dari manakah datangnya bunyi yg sedemikian rupa?? Apakah? Apakah? Apakah?" *hati kecilku bermain dgn soalan teka teki yg dicipta sendiri...*

bajet muka terperanjat sebab x tau dari manakah datangnya bunyi itu??

Pak cik jpj yg duduk sebelah aku tu terus memandang aku dengan ekor mata yg menggoda sambil melemparkan senyuman yg manis skali.. mungkinkah ini dinamakan cinta yang suci?? oh, mungkinkah??.. ok, aku tipu je sebab sebenarnya pak cik jpj tu pandang aku macam nak telan aku je.. ketar urat tengkuk aku dibuatnya tau pak cik... disebabkan aku  masih x tau yg aku dah lenyek kon (aku lenyek tau bukan setakat langgar je), muka aku innocent je mase tu.. pastu, pak cik tu pandang aku dan tanya aku "awak tau tak yg awak dah langgar kon??" aku terpinga2 sekejap.. dan aku menjawap.. "oh, ye ke??" sambil terus membuat muka innocent... disebabkan aku seorang yg bukan cepat putus asa, aku tanya kat pak cik tu.. "pak cik tak boleh maafkan saya ke?, sedangkan nabi muhammad pun maafkan umatnya apatah lagi pak cik yang hanya seorang pegawai jpj.. belum tentu pak cik masuk syurga tau.. jadi, toksah nak berlagak dengan saya sangatla.." 
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x


Korang percaya tak kalau aku cakap macam tu kat pak cik tu?? haha..   aku adalah seorang budak yang sopan santun serta berbudi bicara dalam menjaga pertuturannya tau (bwerk... muntah) sebenarnya aku cakap cam ni je.. "pak cik x nak bagi saya peluang skali lagi ke??" baik x aku?? kihkih.. pak cik tu hanya gelengkan kepalanya dan berkata.. "mintak maaf ye dik, bukan pak cik x nak tolong kamu tapi ni dah dikira pemanduan secara berbahaya. kalau kamu ade lesen P, lesen kamu akan digantung.." Pak cik tu terus suruh aku beredar dari tempat pemandu dan dia yang memandu... peh.. malu gila masa dia suruh aku keluar dari kete dan tunggu kat kaunter.. dah la ramai penonton.. x pasal jadi hotstuff tau...

muka kecewa sebab x lulus test jpj kali ke 2 




Ok, dh malas nak cter pepenjang, nanti aku mengarut je lebih (sedar diri rupa rupanya ko che na)... Nak dijadikan cerita, aku ni masih x lulus test jpj kete sedangkan dah test 2 kali... nak tau cam mana kisah test jpj kali yg ke 3?? rajin2 la baca blog ini ye...  adakan anda ternanti nantikan untuk mengetahui kisah test jpj kali ke-3 si selebriti che na yg sememangnya hot meletup???  sila la tekan sini.. ye, tekan sini.. cepat tekan sini.. tekan sini cepat... ^_^ <------- tekan sebelah ni tau...  selamat membaca dan jemput2 la baca kerana membaca itu amalan mulia.. :P

No comments:

Post a Comment