Ehem, Saya Dah 18 Tahun..

Pict Tekak Picit Halkum,
Assalamualaikum.













Kebiasaanya bila aku bangun tidur pada waktu pagi, aku akan terus ke tandas untuk mencuci muka dan mengambil wudhu' agar kulit muka menjadi lebih segar dan berseri sepanjang hari sehingga menimbulkan persoalan  adakah aku ni seorang duta produk pencerahan kulit SK-11 ataupun si ratu cantik dunia. <---- wakaka....  takyah nak berangan sangat la kau Che Na. Ehem, tapi tabiat kebiasaan aku tu agak berubah sewaktu hari lahir aku yg jatuh bedebuk pada 30 mei 2012.                    




"ehem che na, apa yg berubahnya?"






Semasa aku bangun pagi pada hari lahir aku yg ke-18 30 MEI 2012, over tahu sebab bangun bangun je tak mandi solat subuh lagi aku terus online facebook. Sengaja la aku online pepagi tu sebab nak tengok siapa orang yang pertama wish birthday kat aku. Kot kot kalau takdak orang memang aku tak online la sepanjang hari  sebab malu kalau takdak sape yang wish.....  wakakaka.. Aku tak jadi la nak merajuk sebab waktu tu dah ada yg wish. Orang pertama yg wish aku ialah Aishah Isa. Yay!! Rasa seperti seorang selebriti pula. Ehem. ehem. ehem.... (takyah nak berdehem sangat la kan) Pastu, masa aku tengah godek godek news feed tetiba baru aku tahu yg Yoona SNSD pon lahir pada 30 MEI.(sape yg minat korean group Girls Generation  mungkin kenal Yoona. Eh, bukan la yuna 'terukir di bintang' tu) . Patut la ada orang pernah kata muka aku ada iras iras Yoona. (bwerkk.. muntah!!)









yoona snsd?? sape tu? Tak kenal pon..
uhuk uhuk uhuk









yoona bersama befday cake














boleh menangis aku bila tengok birthday cake yoona yg gila comel. yoona berumur 23 tahun pd 2012.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ehem, yoona juga pernah bergambar bersama Jang Geun Seuk oppa























Pastu lepas dah mandi wangi wangi (masa online pagi pagi tadi tak mandi lagi .. eeyeewwww) aku online facebook balik semula. Rasa macam nak pengsan pula sebab bila online je dah nampak gambar ni dekat wall facebook






 

photoshoot with jang geun seuk oppa.  ahaks...... gewdikkkk gittuww..
Thanks Balqis!! super duper cute.....













Erk... masa aku tengok gambar ni kan, aku punya terkejut tu toksah cerita la.  Entah bila masa pula aku bergamba dengan  JANG GEUN SEUK oppa ... (toksah gedik sangat la kau che na nak berabang abang bagai. oppa=abang) Sebenarnya, Balqis (kawan aku) yg editkan gambar ni. Pastu kan, ada jugak makhluk  yg dengki lagi berhati busuk bising pula dok komen yg kurang menyenangkan jiwa dan raga aku. Eleh, sebenarnya dia dengki lettuw sebab takdak sape yg nak tolong editkan pic dia..













ehem. hep acap, kalau kau baca lah kan blog aku ni, aku ada tulis satu entri untuk kau.
(hep ACAP!! kalau kau tengah baca ni, lain kali takyah nak dengki dengan aku sangat la kan).








Oh ya, Syaz pon ade edit pic untuk aku jugak..


Terima kasih Syazmira kerana sudi meng'edit' gambar ni. Sumpah aku terharu sebab kau sudi bazirkan masa kau sesaat dua untuk buat benda alah ni. macam birthday card pula.




















yang ni dari Akhilah a.k.a Mummy
Thanks Mummy.














Aku juga mendapat video yg bersumber youtube.

video dari  youtube ni dari Amira Majid a.k.a myjed. thanks mijed














Hep. Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi wish birthday kepada aku. Biarpun hanya dua huruf seperti  hb , namun aku memang sangat menghargainya. Aku tak harapkan emas berpuluh puluh ribu, mahupun banglo berjuta juta sempena hari jadi aku. Memadailah dengan hanya sekadar ingatan melalui sepatah kata, sebuah ucapan, dan dua buah huruf.  Cukuplah dengan itu untuk membuat aku terharu sehingga menangis mengeluarkan air mata berbaldi baldi (tipu)






Biarpun tahun ni aku tak  dapat hadiah hadiah dan kad ucapan yang banyak daripada kawan kawan seperti tahun tahun yang lepas semasa di asrama, tapi dengan facebook aku masih boleh menerima ucapan hari lahir. thank you mark zuckerberg
















oh ya, hari tu aku ada nampak yoona dengan jang geun seuki macam bergaduh je.
Apa agak agaknya yang buat diorang bergaduh ya?

yoona (guess): siapa perempuan tu? bukan main suka lagi awak bergambar dengan dia. saya dengki tahu tak?
Jang geun seuk (what): ehem, apa masalah awak? saya bosan tahu sebab asyik bergambar dengan awak je.




















p/s: Terima kasih kepada sesiapa yang wish birthday.

ehem, siapa yang tak wish tu masih belum terlambat nak wish.. ahakssss +_+. (joke)




























































Encik ACAP Si Pendengki yg Bertaubat..

AMARAN: ENTRI HANYA DIBUAT KHAS KEPADA HENCEKKK ACAP JO!!

*sila baca entri ini dengan nada yang harmoni sambil memilih lagu yang menenangkan hati kerana entri ini juga ditulis oleh seorang yang sedang bertenang.

#Entri ni khas aku taip untuk kau hencek asyraf#
Tak kesah la kau baca ke tak sebenarnya.. -____-"






Assalamualaikum Encik Acap.

 Kehadapan hencek asyrap si pendengki, aku tak berharap la kau baca menda alah ni. Tapi, kalau kau baca lagi bagus la sebab aku tulis entri ni memang Untuk melahirkan perasaan tak puas hati aku terhadap kau. Kau ingat lagi tak apa yang kau komen dekat gambar yang Balqis edit sempena hari lahir aku tu? Meh aku tunjuk gambar tu sekali lagi. Kot kot mana tahu ingatan kau dah semakin terjejas dek usia yg semakin melanjut.







 Kau pernah komen sesuatu kat pic. ni


I_____ i___ w_____ I____? D__ K____ k_ t_?

#aku tak tahu lah kalau kau dah lupa tapi aku ada bukti. Siap printscreen lagi tahu. Mana tahu, kot kot aku nak bawa kes ni ke mahkamah... wakaka... takyah takut la Acap sebab aku ni pemaaf dan baik hati orangnya  okay?




Ehem, untuk pengetahuan kau Encek Acap si Pendengki, mood aku terus jadi tak berapa nak baik lepas baca komen tu tahu tak. Semua orang sebok wish befday kat aku tapi kau dengan senang hatinya melemparkan komen yang tak enak dibaca.  Erkkkk.... MUNGKIN niat kau sengaja nak bergurau senda beramah mesra atau mungkin juga kau memang dengki kat aku sebab takdak orang yang nak editkan gambar kau dengan yoona. MUNGKIN... Come on la Acap, jangan jadi childish la. Aku rasa jelas; terang dan ternyata nampak gambar tu di'edit' okay? Ehem, kau cakap boleh jadi bahan fitnah, tertanya tanya aku apa yang boleh jadi bahan fitnah?


"skandal Che Na si rakyat Malaysia bersama pelakon terkenal korea, Jang Geun Seuk?"







Begitu ke Hencek Abang Acap? Eh Acap, kalau la kau tengah baca sekarang ni, nada suara aku bukanlah meninggi mahupun menengking atau melalak. Jauh sekali nada menyindir. Aku tak marah kau, cuma aku agak tak puas hati la. Okay, bagi meredakan ketidakpuasan hati aku terhadap kata kata kau ke atas aku, aku cadangkan kau untuk buat  pengakuan secara terbuka agar tak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang terutamanya memberi komen yang tak menyenangkan hati.






ehem, memang mustahil lah kau nak buat kan?







Aku memang langsung tak expect langsung lah yang kau akan buat pengakuan kejadah semua tu la  kan. Memang tak lah kan.





Eh Acap, kan aku dah kata yang aku ni seorang yang baik hati. Walaupun kau bagi komen yang kurang menyenangkan terhadap aku,  aku bagi peluang kat ko untuk femes kat blog aku.

encik acap yang berdiri senget sambil memakai cermin mata dan berada di kanan.







Info Tentang Asyraf Johari si pendengki



1) Pernah meanggotai kumpulan nasyid dan menyertai kumpulan nasyid sewaktu zaman kegemilangannya di sekolah menengah dulu..


2) Memakai cermin mata








#disebabkan kau berkelakuan buruk terhadap aku, aku taknak bagi info yg banyak tentang kau. dua je dah cukup.



 Hep Acap, marah ke? Rileks la brader, hilang hensem kau. (bwerk~~~ muntah)

acap: "eh, mana ada aku marah. satgi aku senyumla. panas la pakai baju graduasi ni. tali leher ni buat aku berpeluh dan rasa tak selesa"



Hep Acap, go go!!



acap: kan aku dah cakap aku tak marah. rileks la che Na..




#dialog ini adalah rekaan semata mata





p/s buat encek acap: sila buang sikap dengki anda terhadap Che na.
p/s/s buat encek acap lagi: tak salah kalau kau bersikap dingin terhadap perempuan, tapi biarlah sesuai dengan tempat dan keadaan
p/s/s/s buat encek acap sekali lagi: aku maafkan kau sebab memang susah la nak dengar kau minta maaf. aku ni bukan jenis seorang yg suka  berdendam.
p/s/s/s/s buat encek acap kali terakhir: bukan ke lagi bagus kalau kau belanja aku eskem Tutti Fruitty   daripada kau mendengki dekat aku.Pastinya aku puji kau melambung lambung dalam blog aku.
p/s/s/s/s/s terakhir sekali untuk encek acap: go go acap jo!!









Perempuan Harus Baca Ini. 25 Langkah Lelaki Untuk Merosakkan Wanita.

ASSALAMUALAIKUM W.R.T...












Aku nak share sesuatu yang aku rasa sangat berguna sebagai peringatan kepada perempuan perempuan yang berada di Malaysia sana. (pfffftttttt..... aku pun di Malaysia) Aku tahu ramai remaja perempuan pada masa kini mudah dipermainkan dan dipergunakan oleh sang lelaki. Ya, siapa sangka seorang yang pernah belajar hukum hakam agama akhirnya terjerumus dengan zina? Memang tiada siapa yang sangka bukan? (aku rasa aku bercakap seperti salah seorang peserta ujibakat ON AIR pula)  Baru baru ini, aku terbaca kisah tentang seorang pelajar perempuan yang pernah bersekolah agama kini sudah jauh tersimpang dan terjerumus ke lembah zina. Dan yang mengejutkan ialah bapanya seorang ustaz. Memang terkejut king kong la aku.  Betul la lagu nasyid yang aku pernah dengar.. tapi, aku tak ingat kumpulan apa entah yang nyanyi.. "iman tak dapat diwarisi.. oleh seorang ayah yang bertakwa".......Selepas itu, ada seorang lelaki yang sudi berkongsi langkah langkah lelaki untuk merosakkan perempuan. Dia lakukan itu semata mata untuk memberi peringatan kepada perempuan agar tidak mudah terpedaya.








Masa aku baca benda alah ni, aku pula yang beremosi bagai nak rak. I was like "kurang ajar punya jantan. Tak guna betul.  Iblis. Syaitan."  Memang tahap emosi aku tu melambung tinggi mencakar langit la masa tu. Tapi, perempuan tu juga harus disalahkan sebab  gagal melindungi kesuciannya. Okey, malas membebel pepanjang. Maka dengan itu, aku menaip semula kerana lelaki tu banyak pakai shortform. Berikut merupakan langkah langkah licik seorang lelaki untuk merosakkan seorang perempuan.  














1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..    Boleh  saya  kenal awak? Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Awak budak baik dan saya tertarik la dengan tudung labuh awak. Saya harap kite boleh berkenalan.. ukhuwah fillah orang kata. Saya tak terer sangat bahasa arab ni…

che na berkata: Laki laki  yang cam ni memang hebat la kalau nak tackel pompuan. Sonang jo pompuan ni nak cair macam eskem. Bagi salam penuh pastu puji puji sikit jo pompuan boleh cair! Ada yang cair, tapi BUKAN SEMUA! <---- aku letttew..







2. Terima kasih kerana menerima saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjaga awak dan mengikut syariat Islam. Saya tahu saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya akan cuba buat yang terbaik untuk awak sebab saya nak awak jadi isteri saya dunia dan akhirat!!

che na berkata: Masa ni, KEBANYAKAN meloncat loncat seperti kangaroo sebab dah jumpa lelaki yang tekad untuk jadikan mereka isteri dunia akhirat. KONONNYA!!!








3. Ingat tau! Jaga aurat awak elok elok. Jangan bagi orang lain nampak. Kalau nak pergi mana mana, keluar dengan kawan2  perempuan tau. Jangan keluar seorang diri. Bila dah balik jangan lupa contact saya. Saya doakan awak selamat selalu..

che na berkata: Amek kau! Siap suruh pompuan ni jaga aurat bagai.









4. Awak, kenapa tak contact saya? Saya risau bila awak keluar lama lama. Ya, saya mengaku saya memang takda hak pun untuk risaukan awak.Saya  percayakan awak, tapi saya tak tahu  la nak kata macam mana. Saya selalu tengok awak  dari jauh je. Tapi saya rasa awak macam dekat je dengan saya. Mungkin inilah  orang kata cinta. Awak, awak cinta saya tak? Awak tak nak bagitahu. Tapi saya tahu awak cintakan saya. Awak dah malu nak lalu dekat tempat saya selalu lepak sebab awak suka saya bukan?..kih kih kih. Thank you.. i love u too..

che na berkata: Waktu ni, laki ni dah berani nak ucapkan kata kata cinta. Pastu, nak tanya feedback pompuan pulak.









5. Awak, selain family, Allah dan rasulnya, awak sayang siapa lagi ek? Siapa saya dalam hati awak?

che na berkata: Tengok tu, laki laki cam gini berani nak gunakan nama Allah . Jijik pula rasanya!








6. Awak awak, daripada kawan kite just panggil saya awak je, macam tak special pula diri saya untuk awak. Saya teringin juga nak jadi macam member member  saya yang lain. Saya nak  panggil awak 'sayang' boleh tak? Awak panggil saya 'baby' ek? Rasa macam mesra sikit. Tak salah bukan.  Hanya panggilan nama  je. Boleh? Thanks sayang. love u…

che na berkata: Bila pompuan dah confess kedudukan laki tu dalam carta hati dia, laki laki ni mulalah nak tukar panggilan nama dari saya awak ke sayang baby la, bucuk honey la, mama papa la.... WAKE UP la POMPUAN! Dusta belaka je tuh!!








7. Sayang, kadang kadang baby tengok sayang ni macam tak percayakan  baby je.  Ye la, baby cuma tanya sayang pakai apa je kan. Sayang,  thanks  sebab sayang dah mula bagitahu, makin dalam pulak rindu dekat sayang ni .hihihi..

che na berkata: Pffffttttt..... laki  ni dah berani nak tanya apa yang pompuan pakai.








8. Sayang, baby nak sayang tahu bahawa sayang lah segalanya untuk baby, sayang la pemberi semangat untuk baby. Sayang, baby  harap antara kita tak ada rahsia lagi ek. Jangan risau, ini lah yang membuktikan bahawa baby caring. So, jangan risau okey? Yay! Sayang dah setuju. Baby janji akan jaga rahsia kita berdua. Just mesej je kan. love u. BYEBYE .. mmuahh!

che na berkata: masa ni, laki dah mula nak korek rahsia pompuan. cumo bahaso dio agak halus jo. tu pasal la pompuan tu tak sodar diri. <---amek ko, jadi orang nogori similan dah aku ni.








9. Sayang, dah lama kita berbalas balas  sms, boleh tak kita berjumpa? ya, sayang boleh bawak kawan kawan sayang sekali. okey,. sayang! i love u…. ..

che na berkata: See, finally diorang berani nak ajak kita keluar. siap bagi kita bawak kawan kawan lagi supaya diorang ni nampak baik dan mudah dipercayai. kalau anda dah sampai ke tahap ni, bawak je kawan kawan pompuan  satu kelas untuk teman korang  masa nak jumpa. Lagi ramai lagi bagus!








10. Terima kasih sebab sayang dah mula panggil baby dengan panggilan abang.  Abang dah tunggu lama. Abang tahu kite tak boleh  memaksa dalam hubungan kita. la iqra hafiddin kata orang. .hehe. . sikit sikit je.

che na berkata: Bijak sungguh berkata kata. Siap berbahasa Arab lagi si lelaki bermulut manis ni lebih lebih lagi bila pompuan dah start berabang abang bagai.









11. Hi sayang, buat apa tu? Nak cakap sikit.. kenapa sayang bawak satu battalion nak jumpa abang? sayang tak percayakan  abang eh? huhu. Sedihnya abang.

che na berkata: laki ni mula nak mempersoalkan sejauh mana kepecayaan pompuan terhadap pompuan. si pompuan pon bermula la keluar dengan hanya membawa seorang kawan je. kalau dulu ajak member satu kelas sampai dua tiga puluh orang tapi skarang semakin berkurang








12. Sayang, kita jumpa nak? Abang suka bila sayang pakai tudung yang abang beli tu. Macam wardina pulak. Bukan sayang tak cantik tapi sayang  nampak makin cantik la bila pakai tudung yang nipis sikit. Nipis sikit je. Nanti bila kita  berjumpa lagi  sayang bawak sorang kawan je sudah la ya.

che na berkata: si laki laki dah cuba untuk mengubah penampilan si gadis. Daripada penampilan si gadis yang memakai tudung labuh litup  hingga ke paras pinggang, kini semakin singkat  <----- Oh, tersentap!










13. Sayang, abang minta maaf dengan apa yang terjadi waktu kita jumpa tadi. Abang tersentuh jari sayang. Betul juga cakap sayang, kalau tersentuh tak apa. TER.  hehe. Makin tebal la pula cinta abang dekat sayang.

che na berkata: at this moment, jantan keparat ni dah berani nak sentuh sentuh sentuh jari pompuan. Ya, memang la mula mula sentuh. Lama lama? Mungkin lebih daripada sentuhan biasa.









14. Thanks sebab sudi berjumpa dengan abang tadi. Sayang cantik la.. Ololo. Abang romantik sikit pun salah ke? Sayang suka abang romantik kan? Hehe.. Eh, tadi bila jumpa abang sayang dah berani tenung  mata abang. Cuaca tadi pon cerah je. Itu tandanya Allah juga memberkati hubungan kita. Sayang dah solat ke? Nanti doakan abang sekali ye..miss u very much..

che na berkata: Keji sungguh laki laki yang berani sebut nama Allah sedangkan mereka sedang membuat zina. woi Che Na! pegang tangan dan saling bertenung mata pon dikira maksiat dan zina ke? Yes. Antara laki dan pompuan memang la sangat besar batasannya.

Sebenarnya, hanya ada TIGA SEBAB YANG MEMBOLEHKAN POMPUAN DAN LAKI LAKI BERKOMUNIKASI.

1)  PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU YANG MEMBAWA MANFAAT seperti ilmu akhirat dan ilmu dunia yang diberkati Allah exclude main yoyo ke gasing semua tuh.

2) MUAMALAT ATAU PROSES JUAL BELI. yang ini seperti korang membeli kerepok lekor di pasar pagi atau ayam goreng uncle bob di pasar malam atau char kuey teow dipasar tani.

3) PERUBATAN DAN RAWATAN. yang ni juga dibenarkan untuk laki dan pompuan berkomunikasi. jadi tak perlu la korang nak zuhud sangat nak jumpa dengan doktor sejantina.  INGAT! ISLAM ITU MUDAH.  TAPI KINI, RAMAI ORANG YANG AMBIL MUDAH TERHADAP HUKUM HAKAM ISLAM.

sumber: aku tak ingat pula sama ada ustaz hafiz suliman atau ustaz kashful anwar di sma maiwp yang bagitahu. haha.. banyak makan semut ke che na?

EH, panjang pulak explaination aku untuk no 14 ni.















15. Sayang, abang just nak tanya. Rambut sayang panjang ke pendek? Bukan apa, i am just thinking of u at the moment…

che na berkata:  see, depa dah berani nak tanya macam macam seperti rambut panjang ke pendek. kalau pompuan ni dok layan je, tak mustahil nanti one time si laki ni boleh tanya saiz underwear si pompuan.











16. Maafkan abang sebab tadi abang  terbeli tudung yang singkat. Abang harap sayang upload la gambar gambar  sayang yang special dengan memakai tudung yang abang bagi tadi. Terima kasih sebab dah bagi gambar. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah! Cantik sungguh sayang. Abang  nak buat wallpaper henpon dan  komputer abang la..

che na berkata: Tak guna betul. Beli tudung singkat dan suruh pompuan pakai, pastu suruh upload lagi. Berani lagi nak guna nama Allah.











17. Yang.. sayang cintakan abang banyak mana? Sepenuh hati sayang? Thanks sayang. love u too.. abang janji yang abang akan jaga sayang baik baik  dan tak akan tinggalkan sayang…

che na berkata: ...........................................................(tak tahu nak komen apa lagi pasal ni..)











18. Sayang. Dah lama kita couple kan.. Takkan abang pegang tangan pun nak marah.. Sayang kan milik abang. Okey, thank for being understanding sebab benarkan abang pegang tangan sayang.

che na berkata: ya, mereka sungguh licik dalam usaha untuk merosakkan pompuan.









19. Sayang kata sayang cintakan abang sepenuh hati.. kalau begitu, apa buktinya sayang cintakan abang?

che na berkata: aku rasa macam engkorang akan paham apa yang akan berlaku selepasnya. si pompuan sanggup menyerahkan diri semata mata untuk membuktikan kasih sayangnya. KONONNYA!!












SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…










20. huh!… sayang mengandung? Betul ke? Cuba  check balik dengan doktor. Takkan  baru buat sekali  dah mengandung. Cuba  check balik  okey..

che na berkata: Oh, jijik! Jangan harap si laki nak bertanggungjawab.










21. Hah?? ! Sayang betul betul  mengandung  la  ni?? Sayang, abang rasa  untuk  kebaikan kita berdua,  lebih baik sayang  gugurkan kandungan tu. Ya, gugurkan okey..

che na berkata: Berani buat tapi tak berani tanggung! Siap suruh si perempuan ni tambahkan dosa dengan gugurkan kandungan.















22. Kenapa pula sayang  tak nak gugurkan kandungan?  Tak berdosa la kalau  bunuh  benda  yang masih   tak  bernyawa. Gugurkan je lah!!! Jangan buat masalah boleh tak??!!

che na berkata: mana kau belajar tak berdosa kalau bunuh benda yang masih tak bernyawa?

















23. Tak sakitlah. Mana ada sakit!!! Kenapa manja sangat ni?  Takkan  benda  mudah macam tu pun  tak boleh buat??  

che na berkata: tak sakit kau cakap? pernah ke kau gugurkan kandungan? benda mudah kau kata? kau pernah rasa ke? tentulah tidak bukan. enak saja ngomongnya. makanya, jangan cakap seenak hati kamu. pikirin dulu. <---- wakaka.. aku punya emosi mencakar langit seperti KLCC pula.















24. Sayang, abang  minta maaf sebab abang   tak  boleh  temankan sayang ke klinik tu. Abang malu kalau terserempak dengan family or member abang. Malu la abang kalau diorang nampak abang bawa  sayang   dengan  perut sayang yang besar tu..

che na berkata: tahu pula kau malu? mana perginya rasa malu kau tu masa buat maksiat? 'malu' kau pegi TESCO beli mister potato ke waktu kau tengah buat maksiat tu?


















25. Apa????    RM 5,000?? kau yang  mengandung! Kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu. Bukan masalah aku. Lantak kau la. Bukan masalah aku jugak keluarga kau pulaukan kau. Kau tu yang bodoh!! kau ingat kau tu cantik sangat ke?? Aku dah tak inginkan  kau!! PERGI MAMPOS LA!

che na berkata: Apa pula bukan masalah kau? Sama sama buat sama sama tanggung la weyh.. Dulu bukan main kau puja puji si pompuan bagai.















26. Jangan  call  dan  sms aku  lagi  boleh tak?! Aku  sibuk tahu tak? Tak ada masa  untuk  layan kau!…

che na berkata: Tak ada masa nak layan? Dulu kau cakap kau selalu ada masa untuk layan si pompuan. Setiap detik waktu kau hanya untuk si pompuan. Mana pergi kata kata kau dulu. Pergi Tesco untuk teman rasa 'malu' jugak ke?














27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..

*dan kejadian terus berulang..









Haaaaaaa.. Dah baca? Gerun tak? Aku tak peduli la korang gerun ke tidak sebenarnya. Tapi, aku gerun. Memang licik lelaki ni untuk merosakkan wanita. Ya, share la kepada orang orang yang anda sayang sebagai peringatan kepada mereka sebelum terlambat.









TRY YOUR NAME IN KOREAN ! ^_^

Assalamualaikum w.r.t..







 Pada era ini, gelaran K-POP sudah menjadi satu fenomena besar yang amat luar biasa. Sebut sahaja nama nama aktor dan aktres korea yang terkemuka pasti remaja remaja perempuan di luar sana yang hampir pengsan dibuatnya.... <---- aku letttuuwww...Oh ya, sebenarnya hari ni aku tekad tak mahu mengarut sakai.


Kalau korang ade baca entri entri aku yang sebelum ni, maybe korang boleh agak yang aku ni agak fanatic dengan korea. Jadi, apa masalahnya?

Ya, memang takdak masalah apa apa pon. Aku saja nak bagitahu. What's wrong with you guys ha?  Asal tak puas hati dengan aku? Kalau tak puas hati, face-to-face je la. Toksah nak ngumpat aku dekat belakang. <------- dah kenapa dengan ko ni che na?



Ok. Enough with the kontroversi ciptaan sendiri. Bagi tidak membuang bil elektrik yang kini semakin meningkat, let's try your name in Korea. Aktiviti ni aku jumpa kat page FB mana entah.


AMARAN: Aktiviti ini semata mata untuk mengisi masa lapang dan sesuai dilakukan bersama seisi keluarga lebih lebih lagi sewaktu cuti persekolahan. Boleh juga dilakukan sewaktu menikmati minum petang.


step 1: pilih warna baju yg anda pakai sekarang
step 2: pilih bulan kelahiran anda
step 3: pilih tarikh lahir anda.

i) Nama pertama -> Pilih warna baju yang anda pakai skrg: :

Putih~ Park
Hitam~ Kim
Biru~ Shin
Hijau~ Lee
Merah~ Song
Kuning~ Kang
Coklat~ Han
Ungu~Choi
Oren~ Sung
Pink~ Jung
Lain2~ Cha

2. Nama tengah ialah bulan kelahiran anda :

1 : Dong
2 : Ji
3 : Je
4 : Hye
5 : Min
6 : Sang
7 : Ha
8 : Hyo
9 : Soo
10 : Rae
11 : Hyun
12 : Eun

3. Nama terakhir ialah tarikh lahir anda :

1 : Hwa
2 : Woo
3 : Joon
4 : Hee
5 : Kyo
6 : Kyung
7 : Wook
8 : Jin
9 : Sub
10 : Hoon
11 : Ra
12 : Bin
13 : Sun
14 : Ri
15 : Soo
16 : Rim
17 : Ah
18 : Ae
19 : Neul
20 : Mun
21 : In
22 : Mi
23 : Ki
24 : Seung
25 : Byung
26 : Seok
27 : Gun
28 : Yoo
29 : Sup
30 : Ho
31 : Eun





Tehee..... Mari terjah nama Che Na in Korea.
Hi guys, my name is LEE MIN HO. Have you try your name in korea?



P/s: sebenarnya nama asal aku ialah Park Soo Eun. Tapi aku ubahsuai aktiviti ni supaya nama aku menjadi LEE MIN HO!!














Tanda Seorang Lelaki Benar2 Mencintai Anda

Assalamualaikum w.r.t




Kalau korang baca entri aku yg bertajuk Tak Tahu Nak Buat Tajuk Apa ni, aku ada bagitahu yg aku nak hadiahkan sesuatu yang berfaedah buat engkorang ye tak? Aku tak tahu la benda ni berfaedah ke tak tapi aku rasa macam berfaedah bagi aku tahu? Aku tak tahu la benda ni betul ke tak tapi aku cuma nak share something yg someone post kat FB. Entah sejauh mana kebenaran benda ni aku tak tahu la sebab aku tak pernah rasa dicintai lelaki. ( poyo la ko che na). Okey, tanpa membuang masa aku dan korang, jemputla baca.

Tanda Seorang Lelaki Benar2 Mencintai Anda
1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu kejap.
 (oh, betulkah?)
X
X
X
X
X
X
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dengan lelaki lain walaupun temannya sendiri.
X
X
X
X
X
X
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya boyfie kerana baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh.
(yes, i like it and bagi pendapat aku lagi bagus kalau dia terus jumpa parents korang dan mintak izin kawen)
X
X
X
X
X
X
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati.
(mmm.. aku tak tahu nak komen apa pasal ni sebab aku TAK PERNAH lagi jumpa mamat melayu yang sudi buat cam ni ye tak? kalau dalam drama korea tu toksah cerita la betapa indahnya hidup kalau betul2 ada laki yg sanggup menunggu. Cuba korang test suruh mamat Melayu tunggu korang bawah hujan tanpa payung paling kurang 1 jam. Ade yg sanggup? jangan cakap nak tunggu sampai mati la, cuba 1 jam dulu. ade? psstt... ni pendapat aku ok. setiap orang ade pendapat berbeza. pendapat aku pula bole berubah hanya setelah aku menjumpainya paham?)
X
X
X
X
X
X
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya' (
yay. i like it very much. sekarang ni agak sukar nak jumpa lelaki yg macam ni tahu?)
X
X
X
X
X
X
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
 (ya, dia akan tetap menerima anda walaupun anda tidak mempunyai raut wajah yang jelita seperti Erra Fazira dan tidak sekaya Bill gates)
X
X
X
X
X
X
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun  sudah berjam lamanya dengan anda.
(erk... aku tak tahu la betul ke tak sebab aku ialah seorang yg cepat bosan dengan sesuatu)
X
X
X
X
X
X
Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda.



Wahai kaum Adam! Janganlah kamu melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap mana mana wanita kerana sesungguhnya setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Begitu juga dengan setiap kejatan akan dibalas dengan kejahatan juga. Kalau sekarang anda melakukan sesuatu yg tak elok terhadap perempuan, mungkin ibu anda sendiri, kakak kandung, adik  perempuan kandung, isteri dan barangkali anak perempuan anda sendiri yang menerima balasan daripada perbuatan khianat yg pernah anda lakukan terhadap mana mana wanita dulu. Jika anda sedar anda bersalah, maka bertaubatlah kerana sesungguhnya Allah itu yang Maha Menerima Taubat..


"sesungguhnya sebaik baik mereka yang membuat dosa ialah mereka yang bertaubat"

Haa... Sengaja aku tulis wahai kaum adam tu biar kasi jiwa gerun hati gentar bila engkorang yg laki2 ni baca jadi insaf sikit. Siap bagi ayat quran lagi tahu. okey?


Tak Tahu Nak Buat Tajuk Apa.

Assalamualaikum w.r.t 





yeah!! finally korang dapat jugak baca blog aku yg gojes ni.. yeah!! Tapi aku rasa aku patut menghadiahkan korang dengan menulis entri yg lebih berfaedah dan bisa membawa manfaat kita bersama (ko ingat entri2 ko sebelum ni berfaedah sangat ke che na? oh, langsung tak) kalau korang pernah baca entri aku yg sabelum ni pasti korang tahu yg aku telah berdukacita tahap king kong disebabkan JPJ, Matriks and UPU bagai la kan. Bagi yg tak kenal si Che Na yg ohsem, gojes and vogue ni (aku sememangnya suka puji diri aku sendiri untuk menjadikan hari2 yg bakal dilalui dapat dihadapi dgn tenang yay semestinya), aku ni seorang yg bersemangat kental walaupun mempunyai muka ala2 korea gitu tahu? <---------HAKTUIHHHHH.... Jadi, aku hanya persyaitankan saja the stuffs yg buat otakku serabut u know.. Bak kata omputeh, LETS BY GONE BE BY GONE..

Haaaa.. tengok tu, kemain lagi bergambar.


Tiba tiba aku rasa agak bersyukur sebab tak dapat tawaran kejadah sume tu. Untuk makluman korang,aku ni seorang yg gemar berfikiran positif, kreatif, inovatif dan jarang jarang negatif okey. Jadi, bila aku ni sedang mengalami satu ujian atau musibah macam gagal JPJ dan tak dapat matriks upu semua tu, maka aku akan sentiasa mencari dan mencari apa hikmahnya tahu. Dengan mengetahui apa hikmah di sebalik setiap kejadian tu, maka kita akan menjadi sentiasa lebih bersyukur. Dan jika kita menghadapi sesuatu ujian ni dengan sabar dan redha maka kita akan diberi ganti dengan sesuatu yg lebih nikmat yang tak dapat dijangka.





Seperti aku, aku mencari cari apa hikmah tak dapat upu atau matriks first intake semua tu la kan. suddenly, sedang aku menangis di bawah pohon kemboja (haha.. ni tipu) aku teringat dek drama bersiri korea yg aku tonton di Astro Beyond (pssss... aku suggest kalau engkorang baru nak beli Astro maka belilah Astro Beyond sebab dia sangat la best kerana korang boleh pause sesuka hati bila masa korang syok dok layan cerita korea than suddenly papa dan mama korang suruh gi jemur baju, tukar jadual sekolah adik atau basuh berak kucing kejadah semua tu. <----- wakakaka aku letttuwww exclude basuh berak kucing sbg penokok tambah penyedap cerita hohohoh..) Selain itu korang boleh juga record cerita yg korang nak tengok tapi tak boleh tengok that time sebab kena paksa ikut parents korang gi kenduri kawen. Kalau korang dah record sesuatu cerita tu, maka korang boleh skip part2 yg buat korang rasa annoying sehingga tertonggeng tonggeng seperti iklan tv yg lagi banyak daripada cerita tu sendiri. Annoying tahu tak?






 Hahaha.. Bila aku sendiri baca apa yg aku tulis di perenggan atas macam aku ni keje sebagai promoter Astro Beyond pula. Terasa annoying pula terhadap diri sendiri. okey, mari kita sambung baca untuk mengetahui apa hikmah di sebalik kejadian yg menimpa che na. go go go ayuh mari baca. Aku rasa hikmah aku tak diterima sbg first intake sebab nanti drama bersiri korea tu tinggal banyak episod lagi. Antara cerita korea yg aku tonton ialah Sassy Girl Chun Hyang, My Girl, Love You Thousand Times, Rooftop Prince, Fashion King dan banyak la wei kalau nak taip kat sini semua. Tapi, aku dah calculate semua yg episode terakhir semua drama tu habis kira2 hujung bulan jun gitu. Walaupun dengar macam agak childish, girlish dan kadang kadang tak bunyi macam hikmah langsung tapi aku punya suka la. Itu pendapat aku, yang korang nak cari gaduh pehal? Aku tak kacau hidup korang maka janganla kacau hidup aku paham? <---- Hahaha.. padahal takdak sape pon yang yg kesah aku tengok cerita korea bagai. Emosi pula di situ tetiba huhu.






Lagipon, nanti awal bulan jun cousin aku kawen kat kedah. Maka, papa aku plan yg kami akan bercuti melawat Pulau Langkawi. Maka, secara tidak langsung aku akan dapat memborong coklat yg gila murah nak mati yay! Jadi aku terasa ada hikmah di sebalik ujian yg menimpa aku. kan aku pernah cakap yg Allah tu tu The best Planner. Allah tahu apa yg terbaik buat aku. Mungkin je minda aku ni belum sedia untuk belajar dan masih belum puas bersuka ria bergelak ketawa serta berfoya foya. <--- what the ____???





Sebenarnya aku nak nyatakan banyak lagi hikmah di sebalik kejadian tu tapi aku rasa macam lebih banyak yang aku tulis lebih banyak yg aku mengarut. sangat useless. Boleh buat hipotesis pula,

Semakin panjang entri Che Na, semakin banyak Che Na mengarut. <------- haha.. ini pun mengarut..

Oh ya, aku lupa pula nak nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yg sudi membaca blog aku dan juga kepada sesiapa yg sudi memberi sokongan yg sangat supportive dalam entri sebelum ini. Sumpah, aku terharu sebab tak sangka ada juga yg sudi support aku di kala aku benar2 memerlukan support. Sekali lagi, Terima Kasih!! Eh, tak lupa juga kepada follower2 baru blog ni. Tak sangka ada juga orang yg nak follow blog aku. Okey, tu je. KBAI...




P/s; kepada follower yg nak difollow, tinggalkan la jejak korang di shoutbox ya.

Sedihnya Sedihnya!!!!

Assalamualaikum w.r.t




P/s: sila pilih lagu yang sedih supaya enkorang lebih menghayati dan memahami perasaan aku semasa membaca entri ini.. caranya ialah pergi ke kotak 'Jom Dengar Muzik yg Lain' yg terletak pada sebelah kiri blog aku dan tekan tanda yg berbentuk segi  empat dan pilih muzik yang paling teratas sekali iaitu 'A Very Sad Music (insrumental)'.. Cepat buat untuk lebih menghayati..



__________________________________________________________________________

Seperti yg telah tertera pada tajuk di atas, sekarang aku sedang mengalami satu situasi yg paling amat sangat terlalu pahit dan sedih dalam selama 18 tahun aku hidup ni. Bagi aku tahun 2012 ialah tahun yang paling sukar untuk aku hadapi. Banyak sangat dugaan yg Allah bagi aku.... Antara dugaan yg
pahit telah aku hadapi pada tahun 2012 ni ialah..

x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

1) Gagal Ujian JPJ kereta Sebanyak 2 kali ......
Mungkin ade yang fikir itu perkara biasa, tapi bagi itu adalah perkara yg luar biasa sebab aku ni ialah seorang budak yg pemalu (pftttt..yang ni aku tipu.. ) ,maka aku malu nak datang dekat tempat ujian tu banyak kali tahu tak.. Aku malu sebab mak cik kantin kat tempat yg aku amik driving test tu cakap cam ni..
"Eh, adakah adik ni si serlebriti Che Na yg hot, cun melecun, kiut miut, sopan santun, kaya budi bahasa, tinggi harga diri n lemah lembut gemalai longlai.. Mak cik nak mintak signature boleh tak?? "

Ok, ayat kat atas ni hanya rekaan aku semata2 sebab sebenarnya mak cik tu tak cakap macam tu kat aku pon. Mungkin dia tak perasan pon yg hampir setiap kali aku pegi driving class aku akan order horlick ais bungkus yg berharga rm 2. Pada pendapat aku,  harga dia sangat tidak berpatutan sebab plastik yg digunakan untuk bungkus air tu kecik je dan banyak ais tapi aku beli jugak sebab aku memang suka minum horlick.. eh, jauh pulak aku menyimpang. back to the topic..

Tapi, Alhamdulillah sebab akhirnya aku pass jpj kete walaupun pada kali ke3. Aku ada entri tentang kisah test jpj kete kali ke 3. Kalau nak baca bolehla tekan sini.. <----- tekan perkataan sini
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

2) Aku Tak Dapat Mana2 Matriks pon.
Perkara ni betul2 membuatkan aku sedih sehingga mengalirkan air mata yg berbaldi baldi (tipu). Kadang kala aku tak dapat terima hakikat sebab ada orang yang dapat 5A ke bawah pon dapat matriks. Tapi kenapa aku tak dapat?? Tapi lambat laun baru aku sedar inilah yg dinamakn rezeki, qada' dan qadar. Tahu tak yg Allah tu Maha Adil dan Allah is the best planner. Tahu tak?? Mungkin Allah ada rancangkan sesuatu yg lebih baik untuk aku dan aku pun masih mencari2 apa yg Allah dah rancangkan untuk aku dan apakah hikmah disebaliknya. Doakan aku supaya dapat menemui hikmah ni ya kawan2. Aku cuba terima hakikat yg tu memang bukan rezeki aku dan Alhamdulillah aku dapat terima hakikat tu walaupun ia mengambil masa yg agak lama.
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
3) Aku Tak Dapat Tawaran UPU
Benda ni memang betul dapat buat aku jadi gila tahu... Masa aku check tawaran upu tu, semangat aku yg berkobar kobar tu toksah cerita la.. Sikit lagi mahu pecah jantung aku dek denyutan jantung yg berdegup terlalu kencang. Tambah pula dengan  dengan internet yg jam disebabkan ramai lepasan spm yg turut serta membuat semakan upu.. Kalau jantung aku nak pecah semasa check upu, keputusan UPU lagi membuat  jantung aku  hancur luluh berkecai berai lebur punah seranah <----- nampak tak yg aku sangat sedih sewaktu ni... Masa ni, aku tak tahu apa nak jadi dengan aku. Rasa cam nak kahwen terus je, toksah paning fikir nak belajar apa, mana, gimana, n bla bla.. (amboi.... bukan main ye ko che na).. Bila on FB, sume kawan2 syok habis dok update status runsing nak pilih uni. ke matriks.Aku pula runsing memikirkan apa haluan tuju hidup aku lepas ni... Aku makan hati berulam jantung tahu sebab tak dapat matriks n uni.


Apa yg membuat aku bertambah sedih ialah ada kawan aku yang dapat dua tiga empat lima A pon dapat tawaran upu & matriks. Sekali lagi Tapi kenapa aku tak dapat?? Kenapa dan Kenapa? Pernah juga aku terfikir yang menyesal aku stay up kat hostel sampai pukul 1 pagi, menyesal beli buku latihan n rujukan yg bertimbun2 sampaikan ada yg langsung aku tak sempat buat, menyesal pegi kelas tambahan sana sini, menyesal tak tidur dalam kelas dengan kerap (apa punya sesalan der).. Tapi sesungguhnya Allah tu Maha Adil & Allah is The Best Planner.. Teringat pula post seorang rakan di FB, Natasha Nadya,


"It's sad when you can't get things when you want it. But remember, Allah will give you something when you need it, not when you want it. Because He knows, that way is better for you :)" 

Ade Satu lagi....
‎''UPU does not define your IQ'' - Natasha Einstein-
(THANKS TASHE)

Oleh kerana aku ni sedang patah semangat maka aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan juga yg boleh memberikan sokongan positif yg bersemangat. Kalau dekat asrama dulu orang pertama yang aku cari bila berhadapan dgn situasi cam ni ialah Khairiah Fatimah. (khai, rindunya dekat khai). Tapi disebabkan dia sedang STAM, maka aku perlukan seseorang yg lain dan waktu tu aku hanya teringatkan seseorang..  Teacher Siti Rahayu Baharin..

Maka dengan itu aku memulakan chat aku di FB bersama teacher.

che na: assalamualaikum tcer (bagi salam sebab free free je dapat pahala).
Teacher: wsalam che.(jawab salam tu wajib tahu walaupun hanya chat di FB)

Che Na: Tcer, can u give me some support?? I'm very sad right now (sebenarnya aku ckp bahasa Melayu je..  pppffffttt)
Teacher:Jangan patah semangat. Buat rayuan UPU. Ramai ja org yg masuk tawaran kedua ketiga.

Che Na: ______________________________ (ni agak private)
Teacher: Jangan sedih. Adik tcer last year dpt 9 a pon dapat lepas rayuan kedua.Try lagi.

Che Na: mmm..... (dalam hati).. Thanks tcer!! (luar hati) 
Teacher: Jgn pernah give up...sedih tu memang la...tapi sedih jap je tau..jangan lama2.

(THANKS TEACHER)


_____________________________________________________________
Nampak tak betapa supportive n sportingnya teacher aku.. cikgu2 aku dekat Sma Maiwp semuanya sangat supportive tapi cara mereka beri support tu berbeza.

















Teacher bersama Amiruddin yg selalu dicemburui kerana rapat dengan tcer..
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

Teacher bersama Ustazah Nabila yg happy go lucky.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mmm.... sekarang aku sedang cuba terima hakikat dan masih menanti keputusan permohonan rayuan. Go go go Che na. Adik teacher yg dapat 9A pon dapat tawaran yg second intake.. <----- ayat sedapkan hati aku sendiri.
Inilah yg dinamakn rezeki.  Oh ya, Amalina pon pernah post ni kat FB.

"kadang2 Allah tidak memberikan apa
yang kita mahu ,
bukan kerana kita tidak berhak untuk
mendapat perkara itu ,
tetapi Allah ingin memberikan kita lebih baik
daripada itu .

# chill lah kawan2..
Allah is best of planners :)
"
(THANKS AMALINA)


Yeah!!! go go Che na!! go!! GO!!




P/s: Doakan aku agar aku menemui apa hikmah di sebalik ujian yg aku terima ni
p/s/s: Doakan agar permohonan rayuan UPU dan Matrik aku diterima.
P/s/s/s: komen la sikit dan bagi support kat aku supaya menjadi lebih bersemangat.