Encik ACAP Si Pendengki yg Bertaubat..

AMARAN: ENTRI HANYA DIBUAT KHAS KEPADA HENCEKKK ACAP JO!!

*sila baca entri ini dengan nada yang harmoni sambil memilih lagu yang menenangkan hati kerana entri ini juga ditulis oleh seorang yang sedang bertenang.

#Entri ni khas aku taip untuk kau hencek asyraf#
Tak kesah la kau baca ke tak sebenarnya.. -____-"






Assalamualaikum Encik Acap.

 Kehadapan hencek asyrap si pendengki, aku tak berharap la kau baca menda alah ni. Tapi, kalau kau baca lagi bagus la sebab aku tulis entri ni memang Untuk melahirkan perasaan tak puas hati aku terhadap kau. Kau ingat lagi tak apa yang kau komen dekat gambar yang Balqis edit sempena hari lahir aku tu? Meh aku tunjuk gambar tu sekali lagi. Kot kot mana tahu ingatan kau dah semakin terjejas dek usia yg semakin melanjut.







 Kau pernah komen sesuatu kat pic. ni


I_____ i___ w_____ I____? D__ K____ k_ t_?

#aku tak tahu lah kalau kau dah lupa tapi aku ada bukti. Siap printscreen lagi tahu. Mana tahu, kot kot aku nak bawa kes ni ke mahkamah... wakaka... takyah takut la Acap sebab aku ni pemaaf dan baik hati orangnya  okay?




Ehem, untuk pengetahuan kau Encek Acap si Pendengki, mood aku terus jadi tak berapa nak baik lepas baca komen tu tahu tak. Semua orang sebok wish befday kat aku tapi kau dengan senang hatinya melemparkan komen yang tak enak dibaca.  Erkkkk.... MUNGKIN niat kau sengaja nak bergurau senda beramah mesra atau mungkin juga kau memang dengki kat aku sebab takdak orang yang nak editkan gambar kau dengan yoona. MUNGKIN... Come on la Acap, jangan jadi childish la. Aku rasa jelas; terang dan ternyata nampak gambar tu di'edit' okay? Ehem, kau cakap boleh jadi bahan fitnah, tertanya tanya aku apa yang boleh jadi bahan fitnah?


"skandal Che Na si rakyat Malaysia bersama pelakon terkenal korea, Jang Geun Seuk?"







Begitu ke Hencek Abang Acap? Eh Acap, kalau la kau tengah baca sekarang ni, nada suara aku bukanlah meninggi mahupun menengking atau melalak. Jauh sekali nada menyindir. Aku tak marah kau, cuma aku agak tak puas hati la. Okay, bagi meredakan ketidakpuasan hati aku terhadap kata kata kau ke atas aku, aku cadangkan kau untuk buat  pengakuan secara terbuka agar tak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang terutamanya memberi komen yang tak menyenangkan hati.






ehem, memang mustahil lah kau nak buat kan?







Aku memang langsung tak expect langsung lah yang kau akan buat pengakuan kejadah semua tu la  kan. Memang tak lah kan.





Eh Acap, kan aku dah kata yang aku ni seorang yang baik hati. Walaupun kau bagi komen yang kurang menyenangkan terhadap aku,  aku bagi peluang kat ko untuk femes kat blog aku.

encik acap yang berdiri senget sambil memakai cermin mata dan berada di kanan.







Info Tentang Asyraf Johari si pendengki



1) Pernah meanggotai kumpulan nasyid dan menyertai kumpulan nasyid sewaktu zaman kegemilangannya di sekolah menengah dulu..


2) Memakai cermin mata








#disebabkan kau berkelakuan buruk terhadap aku, aku taknak bagi info yg banyak tentang kau. dua je dah cukup.



 Hep Acap, marah ke? Rileks la brader, hilang hensem kau. (bwerk~~~ muntah)

acap: "eh, mana ada aku marah. satgi aku senyumla. panas la pakai baju graduasi ni. tali leher ni buat aku berpeluh dan rasa tak selesa"



Hep Acap, go go!!



acap: kan aku dah cakap aku tak marah. rileks la che Na..




#dialog ini adalah rekaan semata mata





p/s buat encek acap: sila buang sikap dengki anda terhadap Che na.
p/s/s buat encek acap lagi: tak salah kalau kau bersikap dingin terhadap perempuan, tapi biarlah sesuai dengan tempat dan keadaan
p/s/s/s buat encek acap sekali lagi: aku maafkan kau sebab memang susah la nak dengar kau minta maaf. aku ni bukan jenis seorang yg suka  berdendam.
p/s/s/s/s buat encek acap kali terakhir: bukan ke lagi bagus kalau kau belanja aku eskem Tutti Fruitty   daripada kau mendengki dekat aku.Pastinya aku puji kau melambung lambung dalam blog aku.
p/s/s/s/s/s terakhir sekali untuk encek acap: go go acap jo!!









10 comments:

  1. wah... cool la cara kau tulis blog .
    aku suka gaya penulisan blog ko che.
    -pembaca misteri-

    ReplyDelete
  2. haha.. pandai ye kau che na buat dialog sendiri

    ReplyDelete
  3. aku bukan acap tapi alu nak baca jugak...

    ReplyDelete
  4. i really like the way you write the blog..
    keep blogging dear.
    -FA-

    ReplyDelete
  5. huahuahua.. che'na.. lawak sungguh.. kerana acap jo.. makanya wujudlah entry ini... hurm lps ni kita wat special post for che'.. tapi kne tunggu passionate nak crite lar..
    hahahaha...:D

    ReplyDelete
  6. muka dia sama cam kawan aku

    ReplyDelete
  7. pergh.....x bleyh blah arh che.....
    haha....aku doa2 die bace lah entry kau neh and die sedarlah diri cket pas neh...huahua

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. che..... tcer suka baca blog che...... terguling guling tcer gelak. tmbah lagi yg ni....

    ReplyDelete
  10. hahaa...... aku suka baca blog ko che!!!
    teruskan blogging... >_<

    ReplyDelete