Tak Tahu Nak Buat Tajuk Apa.

Assalamualaikum w.r.t 





yeah!! finally korang dapat jugak baca blog aku yg gojes ni.. yeah!! Tapi aku rasa aku patut menghadiahkan korang dengan menulis entri yg lebih berfaedah dan bisa membawa manfaat kita bersama (ko ingat entri2 ko sebelum ni berfaedah sangat ke che na? oh, langsung tak) kalau korang pernah baca entri aku yg sabelum ni pasti korang tahu yg aku telah berdukacita tahap king kong disebabkan JPJ, Matriks and UPU bagai la kan. Bagi yg tak kenal si Che Na yg ohsem, gojes and vogue ni (aku sememangnya suka puji diri aku sendiri untuk menjadikan hari2 yg bakal dilalui dapat dihadapi dgn tenang yay semestinya), aku ni seorang yg bersemangat kental walaupun mempunyai muka ala2 korea gitu tahu? <---------HAKTUIHHHHH.... Jadi, aku hanya persyaitankan saja the stuffs yg buat otakku serabut u know.. Bak kata omputeh, LETS BY GONE BE BY GONE..

Haaaa.. tengok tu, kemain lagi bergambar.


Tiba tiba aku rasa agak bersyukur sebab tak dapat tawaran kejadah sume tu. Untuk makluman korang,aku ni seorang yg gemar berfikiran positif, kreatif, inovatif dan jarang jarang negatif okey. Jadi, bila aku ni sedang mengalami satu ujian atau musibah macam gagal JPJ dan tak dapat matriks upu semua tu, maka aku akan sentiasa mencari dan mencari apa hikmahnya tahu. Dengan mengetahui apa hikmah di sebalik setiap kejadian tu, maka kita akan menjadi sentiasa lebih bersyukur. Dan jika kita menghadapi sesuatu ujian ni dengan sabar dan redha maka kita akan diberi ganti dengan sesuatu yg lebih nikmat yang tak dapat dijangka.





Seperti aku, aku mencari cari apa hikmah tak dapat upu atau matriks first intake semua tu la kan. suddenly, sedang aku menangis di bawah pohon kemboja (haha.. ni tipu) aku teringat dek drama bersiri korea yg aku tonton di Astro Beyond (pssss... aku suggest kalau engkorang baru nak beli Astro maka belilah Astro Beyond sebab dia sangat la best kerana korang boleh pause sesuka hati bila masa korang syok dok layan cerita korea than suddenly papa dan mama korang suruh gi jemur baju, tukar jadual sekolah adik atau basuh berak kucing kejadah semua tu. <----- wakakaka aku letttuwww exclude basuh berak kucing sbg penokok tambah penyedap cerita hohohoh..) Selain itu korang boleh juga record cerita yg korang nak tengok tapi tak boleh tengok that time sebab kena paksa ikut parents korang gi kenduri kawen. Kalau korang dah record sesuatu cerita tu, maka korang boleh skip part2 yg buat korang rasa annoying sehingga tertonggeng tonggeng seperti iklan tv yg lagi banyak daripada cerita tu sendiri. Annoying tahu tak?






 Hahaha.. Bila aku sendiri baca apa yg aku tulis di perenggan atas macam aku ni keje sebagai promoter Astro Beyond pula. Terasa annoying pula terhadap diri sendiri. okey, mari kita sambung baca untuk mengetahui apa hikmah di sebalik kejadian yg menimpa che na. go go go ayuh mari baca. Aku rasa hikmah aku tak diterima sbg first intake sebab nanti drama bersiri korea tu tinggal banyak episod lagi. Antara cerita korea yg aku tonton ialah Sassy Girl Chun Hyang, My Girl, Love You Thousand Times, Rooftop Prince, Fashion King dan banyak la wei kalau nak taip kat sini semua. Tapi, aku dah calculate semua yg episode terakhir semua drama tu habis kira2 hujung bulan jun gitu. Walaupun dengar macam agak childish, girlish dan kadang kadang tak bunyi macam hikmah langsung tapi aku punya suka la. Itu pendapat aku, yang korang nak cari gaduh pehal? Aku tak kacau hidup korang maka janganla kacau hidup aku paham? <---- Hahaha.. padahal takdak sape pon yang yg kesah aku tengok cerita korea bagai. Emosi pula di situ tetiba huhu.






Lagipon, nanti awal bulan jun cousin aku kawen kat kedah. Maka, papa aku plan yg kami akan bercuti melawat Pulau Langkawi. Maka, secara tidak langsung aku akan dapat memborong coklat yg gila murah nak mati yay! Jadi aku terasa ada hikmah di sebalik ujian yg menimpa aku. kan aku pernah cakap yg Allah tu tu The best Planner. Allah tahu apa yg terbaik buat aku. Mungkin je minda aku ni belum sedia untuk belajar dan masih belum puas bersuka ria bergelak ketawa serta berfoya foya. <--- what the ____???





Sebenarnya aku nak nyatakan banyak lagi hikmah di sebalik kejadian tu tapi aku rasa macam lebih banyak yang aku tulis lebih banyak yg aku mengarut. sangat useless. Boleh buat hipotesis pula,

Semakin panjang entri Che Na, semakin banyak Che Na mengarut. <------- haha.. ini pun mengarut..

Oh ya, aku lupa pula nak nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yg sudi membaca blog aku dan juga kepada sesiapa yg sudi memberi sokongan yg sangat supportive dalam entri sebelum ini. Sumpah, aku terharu sebab tak sangka ada juga yg sudi support aku di kala aku benar2 memerlukan support. Sekali lagi, Terima Kasih!! Eh, tak lupa juga kepada follower2 baru blog ni. Tak sangka ada juga orang yg nak follow blog aku. Okey, tu je. KBAI...




P/s; kepada follower yg nak difollow, tinggalkan la jejak korang di shoutbox ya.

8 comments:

  1. everything happen for a reason. . .yeah. betul2. . . even kita tak nampak tapi kita mesti percaya.

    ReplyDelete
  2. che na memang seorang yang tabah! yeay! kami support che na dr. blakang!

    ReplyDelete
  3. you're really strong girl che!! Don't ever give up in order to achieve your dream!

    ReplyDelete
  4. che! kita tau che seorang yg mudah putus asa. teruskan usaha!
    CHAIYOKKK!!
    -aisyah-

    ReplyDelete
  5. i like the way you blogging. nice one!

    ReplyDelete
  6. ......................superbe.............

    ReplyDelete
  7. the way you wrote it. i can imagine your cute face che. miss you lotsss :-*

    ReplyDelete
  8. Muka awak betul macam korean. Berminat nak jadi model untuk majalah Kpop Dream? Kami sedang mencari model untuk promosi majalah kami. Hubungi saya atau hantar resume ke email saya. Kalau lebih mudah, temui team kami di facebook..


    natasha_ndy..
    hehe..hai che. tak puas!!! buatlah entry panjang2 lagi!! suka baca blog che na!!

    ReplyDelete