Uhuk~~~~ terbatuk pulak..


SMKA?
KISAS?
SMAP?
MAAHAD?
MADRASAH?
KUIS?
PONDOK?
TAHFIZ?

SBPI?






Apa yang istimewanya dengan sekolah agama ni?
Apa bezanya dengan sekolah2 yang lain?
Hebat sangat ke ilmu agama budak2 sekolah agama ni?






Apabila kita dapat tau yang seseorang itu dahulunya bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam, maka apa yang dapat kita bayangkan adalah peribadi seorang muslim atau muslimah yang kuat pegangan agama, bersopan santun, tegas dalam pendirian, terjaga muamalatnya, tidak terabai ibadahnya dan macam2 lagi perkara yang baik2. Tapi adakah pendapat2 sebegitu masih relevan pada masa ini? Jawab la sendiri ye.






Budak agama sepatutnya menjadi contoh dan tempat rujukan kepada masyarakat. Dan pada masa yang sama menjadi duta kepada agama yang kita cintai iaitu Islam. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah budak2 agama kini tidak merasakan yang mereka ini istimewa untuk membawa agama Allah ini.









PERHATIAN KEPADA SEMUA BUDAK 

AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA

 ISLAM!!








“Ah, dulu kat sekolah lain. Aku pakai tudung labuh pon sebab dah memang peraturan sekolah camtu. Aku pon ikut je la. Mase zaman sekolah dulu pon, pakai tudung labuh mase kat sekolah je. Kat luar, aku pakai tudung biase2 je”






“Ala, sekati la nak couple pon. Mase kat sekolah dulu tak dapat buat sebab takde org berani couple kat sekolah agama(ye ke??). Sekarang ni, kita bukan kat sekolah agama lagi pon”







“Wei, please la. Aku tak nak jadi hipokrit ok. Inilah diri aku yang sebenar. Aku rase, aku lagi baik dari dorang yang kononnye berlagak alim(perasan je). Alim2 kucing je tu. Takde maknenye”







Nah!! Lantang betul mereka bersuara mempertahankan diri masing2 dengan hujah2 yang sememangnya rapuh. Adakah Islam itu hanya berkuatkuasa di dalam sekolah sahaja? Bila di luar sekolah, Islam diketepikan? Sedangkan Islam itu sesuai dilaksanakan di mana2 sahaja. Islam itu adalah sebagai addin(cara hidup) kita walau di mana mana sahaja kita berada. Janganlah ketepikan hukum2 Allah itu. Takut2, Allah akan ketepikan kita semasa di akhirat kelak. Nauzubillahi min zalik…







Hebat sangatkah kita sampai berani bermain2 dengan hukum Allah???. 
Islam itu sendiri bersifat syumul(menyeluruh). Ciri Islam yang syumul ini membezakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang punya dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mangetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakan manusia. Sebab itu, Islam sahajalah yang mampu memenuhi keperluan manusia; baik sebagai individu, mahupun kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan.







Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 138:
“Itulah corak(celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya dari Allah”





Jadi, berbalik kita kembali kepada kata2 ‘lancar’ budak agama sebentar tadi. Hipokritkah orang yang ingin mengamalkan Islam? Hipokrit ataupun kembali kepada fitrah? Kita ini secara fitrahnya adalah Islam. Islam itu fitrah. Jadi, dari planet manakah wujudnya ideology yang mengatakan orang yang ingin mengamalkan Islam (walaupun dulunya dia fasik) adalah seorang yang hipokrit?






Sungguh dangkal fikiran orang-orang yang mengatakan sebegitu rupa. Berfikir baik2 sebelum keluarkan apa2 statement. Kalau tidak pun, berdiam diri adalah lebih baik.






Saya hanya membawa beberapa contoh sahaja. Realitinya, memang ramai budak agama yang berperangai seperti ini. Anda sendiri mungkin pernah terserempak / berbual / berkawan / berjalan dengan insan2 sebegini juga,kan??








Jika budak agama bercouple, maka orang lain akan anggap yang bercouple itu dibenarkan.
Jika budak agama meninggalkan solat, maka orang lain akan fikir bolehlah tinggalkan solat.
Jika budak agama tidak menjaga muamalat (pergaulan), maka orang lain pun tidak kisah dgn muamalat yang dituntut oleh Islam.
Jika budak agama tidak memelihara auratnya, maka orang lain pun ikut sahaja.


“Habis tu, dah budak agama pun buat bende2 camtu, kitorang yang biase2 ni ikot je la”






Jika budak agama menyanyi di atas pentas sambil menari berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, maka lihatlah kesannya nanti. 


Fikir2kan lah. Takkan nak kena bagi tau jugak..







WAHAI BUDAK2 AGAMA!! JANGAN JADI 

FITNAH KEPADA ISLAM!!







Jadi, kepada budak2 agama. Renung2kan, di kelompok manakah anda berada sekarang ini?


Adakah anda pada saat ini menjadi duta kepada Islam? 

Adakah anda menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat? 


Ataupun anda sendiri adalah FITNAH kepada Islam? 





sama2lah kita bermuhasabah. Jika anda sedang menjadi fitnah kepada Islam, cepat2 lah bertaubat. 
Allah sentiasa menerima taubat hamba2Nya. InshaAllah. =__=


p/s: kopi dan pasta
p/s/s: Allah Maha Pengampun dan penerima Taubat hamba hambanya.

Ehem, Saya Dah 18 Tahun..

Pict Tekak Picit Halkum,
Assalamualaikum.













Kebiasaanya bila aku bangun tidur pada waktu pagi, aku akan terus ke tandas untuk mencuci muka dan mengambil wudhu' agar kulit muka menjadi lebih segar dan berseri sepanjang hari sehingga menimbulkan persoalan  adakah aku ni seorang duta produk pencerahan kulit SK-11 ataupun si ratu cantik dunia. <---- wakaka....  takyah nak berangan sangat la kau Che Na. Ehem, tapi tabiat kebiasaan aku tu agak berubah sewaktu hari lahir aku yg jatuh bedebuk pada 30 mei 2012.                    




"ehem che na, apa yg berubahnya?"






Semasa aku bangun pagi pada hari lahir aku yg ke-18 30 MEI 2012, over tahu sebab bangun bangun je tak mandi solat subuh lagi aku terus online facebook. Sengaja la aku online pepagi tu sebab nak tengok siapa orang yang pertama wish birthday kat aku. Kot kot kalau takdak orang memang aku tak online la sepanjang hari  sebab malu kalau takdak sape yang wish.....  wakakaka.. Aku tak jadi la nak merajuk sebab waktu tu dah ada yg wish. Orang pertama yg wish aku ialah Aishah Isa. Yay!! Rasa seperti seorang selebriti pula. Ehem. ehem. ehem.... (takyah nak berdehem sangat la kan) Pastu, masa aku tengah godek godek news feed tetiba baru aku tahu yg Yoona SNSD pon lahir pada 30 MEI.(sape yg minat korean group Girls Generation  mungkin kenal Yoona. Eh, bukan la yuna 'terukir di bintang' tu) . Patut la ada orang pernah kata muka aku ada iras iras Yoona. (bwerkk.. muntah!!)









yoona snsd?? sape tu? Tak kenal pon..
uhuk uhuk uhuk









yoona bersama befday cake














boleh menangis aku bila tengok birthday cake yoona yg gila comel. yoona berumur 23 tahun pd 2012.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ehem, yoona juga pernah bergambar bersama Jang Geun Seuk oppa























Pastu lepas dah mandi wangi wangi (masa online pagi pagi tadi tak mandi lagi .. eeyeewwww) aku online facebook balik semula. Rasa macam nak pengsan pula sebab bila online je dah nampak gambar ni dekat wall facebook






 

photoshoot with jang geun seuk oppa.  ahaks...... gewdikkkk gittuww..
Thanks Balqis!! super duper cute.....













Erk... masa aku tengok gambar ni kan, aku punya terkejut tu toksah cerita la.  Entah bila masa pula aku bergamba dengan  JANG GEUN SEUK oppa ... (toksah gedik sangat la kau che na nak berabang abang bagai. oppa=abang) Sebenarnya, Balqis (kawan aku) yg editkan gambar ni. Pastu kan, ada jugak makhluk  yg dengki lagi berhati busuk bising pula dok komen yg kurang menyenangkan jiwa dan raga aku. Eleh, sebenarnya dia dengki lettuw sebab takdak sape yg nak tolong editkan pic dia..













ehem. hep acap, kalau kau baca lah kan blog aku ni, aku ada tulis satu entri untuk kau.
(hep ACAP!! kalau kau tengah baca ni, lain kali takyah nak dengki dengan aku sangat la kan).








Oh ya, Syaz pon ade edit pic untuk aku jugak..


Terima kasih Syazmira kerana sudi meng'edit' gambar ni. Sumpah aku terharu sebab kau sudi bazirkan masa kau sesaat dua untuk buat benda alah ni. macam birthday card pula.




















yang ni dari Akhilah a.k.a Mummy
Thanks Mummy.














Aku juga mendapat video yg bersumber youtube.

video dari  youtube ni dari Amira Majid a.k.a myjed. thanks mijed














Hep. Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi wish birthday kepada aku. Biarpun hanya dua huruf seperti  hb , namun aku memang sangat menghargainya. Aku tak harapkan emas berpuluh puluh ribu, mahupun banglo berjuta juta sempena hari jadi aku. Memadailah dengan hanya sekadar ingatan melalui sepatah kata, sebuah ucapan, dan dua buah huruf.  Cukuplah dengan itu untuk membuat aku terharu sehingga menangis mengeluarkan air mata berbaldi baldi (tipu)






Biarpun tahun ni aku tak  dapat hadiah hadiah dan kad ucapan yang banyak daripada kawan kawan seperti tahun tahun yang lepas semasa di asrama, tapi dengan facebook aku masih boleh menerima ucapan hari lahir. thank you mark zuckerberg
















oh ya, hari tu aku ada nampak yoona dengan jang geun seuki macam bergaduh je.
Apa agak agaknya yang buat diorang bergaduh ya?

yoona (guess): siapa perempuan tu? bukan main suka lagi awak bergambar dengan dia. saya dengki tahu tak?
Jang geun seuk (what): ehem, apa masalah awak? saya bosan tahu sebab asyik bergambar dengan awak je.




















p/s: Terima kasih kepada sesiapa yang wish birthday.

ehem, siapa yang tak wish tu masih belum terlambat nak wish.. ahakssss +_+. (joke)




























































Encik ACAP Si Pendengki yg Bertaubat..

AMARAN: ENTRI HANYA DIBUAT KHAS KEPADA HENCEKKK ACAP JO!!

*sila baca entri ini dengan nada yang harmoni sambil memilih lagu yang menenangkan hati kerana entri ini juga ditulis oleh seorang yang sedang bertenang.

#Entri ni khas aku taip untuk kau hencek asyraf#
Tak kesah la kau baca ke tak sebenarnya.. -____-"






Assalamualaikum Encik Acap.

 Kehadapan hencek asyrap si pendengki, aku tak berharap la kau baca menda alah ni. Tapi, kalau kau baca lagi bagus la sebab aku tulis entri ni memang Untuk melahirkan perasaan tak puas hati aku terhadap kau. Kau ingat lagi tak apa yang kau komen dekat gambar yang Balqis edit sempena hari lahir aku tu? Meh aku tunjuk gambar tu sekali lagi. Kot kot mana tahu ingatan kau dah semakin terjejas dek usia yg semakin melanjut.







 Kau pernah komen sesuatu kat pic. ni


I_____ i___ w_____ I____? D__ K____ k_ t_?

#aku tak tahu lah kalau kau dah lupa tapi aku ada bukti. Siap printscreen lagi tahu. Mana tahu, kot kot aku nak bawa kes ni ke mahkamah... wakaka... takyah takut la Acap sebab aku ni pemaaf dan baik hati orangnya  okay?




Ehem, untuk pengetahuan kau Encek Acap si Pendengki, mood aku terus jadi tak berapa nak baik lepas baca komen tu tahu tak. Semua orang sebok wish befday kat aku tapi kau dengan senang hatinya melemparkan komen yang tak enak dibaca.  Erkkkk.... MUNGKIN niat kau sengaja nak bergurau senda beramah mesra atau mungkin juga kau memang dengki kat aku sebab takdak orang yang nak editkan gambar kau dengan yoona. MUNGKIN... Come on la Acap, jangan jadi childish la. Aku rasa jelas; terang dan ternyata nampak gambar tu di'edit' okay? Ehem, kau cakap boleh jadi bahan fitnah, tertanya tanya aku apa yang boleh jadi bahan fitnah?


"skandal Che Na si rakyat Malaysia bersama pelakon terkenal korea, Jang Geun Seuk?"







Begitu ke Hencek Abang Acap? Eh Acap, kalau la kau tengah baca sekarang ni, nada suara aku bukanlah meninggi mahupun menengking atau melalak. Jauh sekali nada menyindir. Aku tak marah kau, cuma aku agak tak puas hati la. Okay, bagi meredakan ketidakpuasan hati aku terhadap kata kata kau ke atas aku, aku cadangkan kau untuk buat  pengakuan secara terbuka agar tak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang terutamanya memberi komen yang tak menyenangkan hati.






ehem, memang mustahil lah kau nak buat kan?







Aku memang langsung tak expect langsung lah yang kau akan buat pengakuan kejadah semua tu la  kan. Memang tak lah kan.





Eh Acap, kan aku dah kata yang aku ni seorang yang baik hati. Walaupun kau bagi komen yang kurang menyenangkan terhadap aku,  aku bagi peluang kat ko untuk femes kat blog aku.

encik acap yang berdiri senget sambil memakai cermin mata dan berada di kanan.







Info Tentang Asyraf Johari si pendengki



1) Pernah meanggotai kumpulan nasyid dan menyertai kumpulan nasyid sewaktu zaman kegemilangannya di sekolah menengah dulu..


2) Memakai cermin mata








#disebabkan kau berkelakuan buruk terhadap aku, aku taknak bagi info yg banyak tentang kau. dua je dah cukup.



 Hep Acap, marah ke? Rileks la brader, hilang hensem kau. (bwerk~~~ muntah)

acap: "eh, mana ada aku marah. satgi aku senyumla. panas la pakai baju graduasi ni. tali leher ni buat aku berpeluh dan rasa tak selesa"



Hep Acap, go go!!



acap: kan aku dah cakap aku tak marah. rileks la che Na..




#dialog ini adalah rekaan semata mata





p/s buat encek acap: sila buang sikap dengki anda terhadap Che na.
p/s/s buat encek acap lagi: tak salah kalau kau bersikap dingin terhadap perempuan, tapi biarlah sesuai dengan tempat dan keadaan
p/s/s/s buat encek acap sekali lagi: aku maafkan kau sebab memang susah la nak dengar kau minta maaf. aku ni bukan jenis seorang yg suka  berdendam.
p/s/s/s/s buat encek acap kali terakhir: bukan ke lagi bagus kalau kau belanja aku eskem Tutti Fruitty   daripada kau mendengki dekat aku.Pastinya aku puji kau melambung lambung dalam blog aku.
p/s/s/s/s/s terakhir sekali untuk encek acap: go go acap jo!!