Perempuan Harus Baca Ini. 25 Langkah Lelaki Untuk Merosakkan Wanita.

ASSALAMUALAIKUM W.R.T...












Aku nak share sesuatu yang aku rasa sangat berguna sebagai peringatan kepada perempuan perempuan yang berada di Malaysia sana. (pfffftttttt..... aku pun di Malaysia) Aku tahu ramai remaja perempuan pada masa kini mudah dipermainkan dan dipergunakan oleh sang lelaki. Ya, siapa sangka seorang yang pernah belajar hukum hakam agama akhirnya terjerumus dengan zina? Memang tiada siapa yang sangka bukan? (aku rasa aku bercakap seperti salah seorang peserta ujibakat ON AIR pula)  Baru baru ini, aku terbaca kisah tentang seorang pelajar perempuan yang pernah bersekolah agama kini sudah jauh tersimpang dan terjerumus ke lembah zina. Dan yang mengejutkan ialah bapanya seorang ustaz. Memang terkejut king kong la aku.  Betul la lagu nasyid yang aku pernah dengar.. tapi, aku tak ingat kumpulan apa entah yang nyanyi.. "iman tak dapat diwarisi.. oleh seorang ayah yang bertakwa".......Selepas itu, ada seorang lelaki yang sudi berkongsi langkah langkah lelaki untuk merosakkan perempuan. Dia lakukan itu semata mata untuk memberi peringatan kepada perempuan agar tidak mudah terpedaya.








Masa aku baca benda alah ni, aku pula yang beremosi bagai nak rak. I was like "kurang ajar punya jantan. Tak guna betul.  Iblis. Syaitan."  Memang tahap emosi aku tu melambung tinggi mencakar langit la masa tu. Tapi, perempuan tu juga harus disalahkan sebab  gagal melindungi kesuciannya. Okey, malas membebel pepanjang. Maka dengan itu, aku menaip semula kerana lelaki tu banyak pakai shortform. Berikut merupakan langkah langkah licik seorang lelaki untuk merosakkan seorang perempuan.  














1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..    Boleh  saya  kenal awak? Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Awak budak baik dan saya tertarik la dengan tudung labuh awak. Saya harap kite boleh berkenalan.. ukhuwah fillah orang kata. Saya tak terer sangat bahasa arab ni…

che na berkata: Laki laki  yang cam ni memang hebat la kalau nak tackel pompuan. Sonang jo pompuan ni nak cair macam eskem. Bagi salam penuh pastu puji puji sikit jo pompuan boleh cair! Ada yang cair, tapi BUKAN SEMUA! <---- aku letttew..







2. Terima kasih kerana menerima saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjaga awak dan mengikut syariat Islam. Saya tahu saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya akan cuba buat yang terbaik untuk awak sebab saya nak awak jadi isteri saya dunia dan akhirat!!

che na berkata: Masa ni, KEBANYAKAN meloncat loncat seperti kangaroo sebab dah jumpa lelaki yang tekad untuk jadikan mereka isteri dunia akhirat. KONONNYA!!!








3. Ingat tau! Jaga aurat awak elok elok. Jangan bagi orang lain nampak. Kalau nak pergi mana mana, keluar dengan kawan2  perempuan tau. Jangan keluar seorang diri. Bila dah balik jangan lupa contact saya. Saya doakan awak selamat selalu..

che na berkata: Amek kau! Siap suruh pompuan ni jaga aurat bagai.









4. Awak, kenapa tak contact saya? Saya risau bila awak keluar lama lama. Ya, saya mengaku saya memang takda hak pun untuk risaukan awak.Saya  percayakan awak, tapi saya tak tahu  la nak kata macam mana. Saya selalu tengok awak  dari jauh je. Tapi saya rasa awak macam dekat je dengan saya. Mungkin inilah  orang kata cinta. Awak, awak cinta saya tak? Awak tak nak bagitahu. Tapi saya tahu awak cintakan saya. Awak dah malu nak lalu dekat tempat saya selalu lepak sebab awak suka saya bukan?..kih kih kih. Thank you.. i love u too..

che na berkata: Waktu ni, laki ni dah berani nak ucapkan kata kata cinta. Pastu, nak tanya feedback pompuan pulak.









5. Awak, selain family, Allah dan rasulnya, awak sayang siapa lagi ek? Siapa saya dalam hati awak?

che na berkata: Tengok tu, laki laki cam gini berani nak gunakan nama Allah . Jijik pula rasanya!








6. Awak awak, daripada kawan kite just panggil saya awak je, macam tak special pula diri saya untuk awak. Saya teringin juga nak jadi macam member member  saya yang lain. Saya nak  panggil awak 'sayang' boleh tak? Awak panggil saya 'baby' ek? Rasa macam mesra sikit. Tak salah bukan.  Hanya panggilan nama  je. Boleh? Thanks sayang. love u…

che na berkata: Bila pompuan dah confess kedudukan laki tu dalam carta hati dia, laki laki ni mulalah nak tukar panggilan nama dari saya awak ke sayang baby la, bucuk honey la, mama papa la.... WAKE UP la POMPUAN! Dusta belaka je tuh!!








7. Sayang, kadang kadang baby tengok sayang ni macam tak percayakan  baby je.  Ye la, baby cuma tanya sayang pakai apa je kan. Sayang,  thanks  sebab sayang dah mula bagitahu, makin dalam pulak rindu dekat sayang ni .hihihi..

che na berkata: Pffffttttt..... laki  ni dah berani nak tanya apa yang pompuan pakai.








8. Sayang, baby nak sayang tahu bahawa sayang lah segalanya untuk baby, sayang la pemberi semangat untuk baby. Sayang, baby  harap antara kita tak ada rahsia lagi ek. Jangan risau, ini lah yang membuktikan bahawa baby caring. So, jangan risau okey? Yay! Sayang dah setuju. Baby janji akan jaga rahsia kita berdua. Just mesej je kan. love u. BYEBYE .. mmuahh!

che na berkata: masa ni, laki dah mula nak korek rahsia pompuan. cumo bahaso dio agak halus jo. tu pasal la pompuan tu tak sodar diri. <---amek ko, jadi orang nogori similan dah aku ni.








9. Sayang, dah lama kita berbalas balas  sms, boleh tak kita berjumpa? ya, sayang boleh bawak kawan kawan sayang sekali. okey,. sayang! i love u…. ..

che na berkata: See, finally diorang berani nak ajak kita keluar. siap bagi kita bawak kawan kawan lagi supaya diorang ni nampak baik dan mudah dipercayai. kalau anda dah sampai ke tahap ni, bawak je kawan kawan pompuan  satu kelas untuk teman korang  masa nak jumpa. Lagi ramai lagi bagus!








10. Terima kasih sebab sayang dah mula panggil baby dengan panggilan abang.  Abang dah tunggu lama. Abang tahu kite tak boleh  memaksa dalam hubungan kita. la iqra hafiddin kata orang. .hehe. . sikit sikit je.

che na berkata: Bijak sungguh berkata kata. Siap berbahasa Arab lagi si lelaki bermulut manis ni lebih lebih lagi bila pompuan dah start berabang abang bagai.









11. Hi sayang, buat apa tu? Nak cakap sikit.. kenapa sayang bawak satu battalion nak jumpa abang? sayang tak percayakan  abang eh? huhu. Sedihnya abang.

che na berkata: laki ni mula nak mempersoalkan sejauh mana kepecayaan pompuan terhadap pompuan. si pompuan pon bermula la keluar dengan hanya membawa seorang kawan je. kalau dulu ajak member satu kelas sampai dua tiga puluh orang tapi skarang semakin berkurang








12. Sayang, kita jumpa nak? Abang suka bila sayang pakai tudung yang abang beli tu. Macam wardina pulak. Bukan sayang tak cantik tapi sayang  nampak makin cantik la bila pakai tudung yang nipis sikit. Nipis sikit je. Nanti bila kita  berjumpa lagi  sayang bawak sorang kawan je sudah la ya.

che na berkata: si laki laki dah cuba untuk mengubah penampilan si gadis. Daripada penampilan si gadis yang memakai tudung labuh litup  hingga ke paras pinggang, kini semakin singkat  <----- Oh, tersentap!










13. Sayang, abang minta maaf dengan apa yang terjadi waktu kita jumpa tadi. Abang tersentuh jari sayang. Betul juga cakap sayang, kalau tersentuh tak apa. TER.  hehe. Makin tebal la pula cinta abang dekat sayang.

che na berkata: at this moment, jantan keparat ni dah berani nak sentuh sentuh sentuh jari pompuan. Ya, memang la mula mula sentuh. Lama lama? Mungkin lebih daripada sentuhan biasa.









14. Thanks sebab sudi berjumpa dengan abang tadi. Sayang cantik la.. Ololo. Abang romantik sikit pun salah ke? Sayang suka abang romantik kan? Hehe.. Eh, tadi bila jumpa abang sayang dah berani tenung  mata abang. Cuaca tadi pon cerah je. Itu tandanya Allah juga memberkati hubungan kita. Sayang dah solat ke? Nanti doakan abang sekali ye..miss u very much..

che na berkata: Keji sungguh laki laki yang berani sebut nama Allah sedangkan mereka sedang membuat zina. woi Che Na! pegang tangan dan saling bertenung mata pon dikira maksiat dan zina ke? Yes. Antara laki dan pompuan memang la sangat besar batasannya.

Sebenarnya, hanya ada TIGA SEBAB YANG MEMBOLEHKAN POMPUAN DAN LAKI LAKI BERKOMUNIKASI.

1)  PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU YANG MEMBAWA MANFAAT seperti ilmu akhirat dan ilmu dunia yang diberkati Allah exclude main yoyo ke gasing semua tuh.

2) MUAMALAT ATAU PROSES JUAL BELI. yang ini seperti korang membeli kerepok lekor di pasar pagi atau ayam goreng uncle bob di pasar malam atau char kuey teow dipasar tani.

3) PERUBATAN DAN RAWATAN. yang ni juga dibenarkan untuk laki dan pompuan berkomunikasi. jadi tak perlu la korang nak zuhud sangat nak jumpa dengan doktor sejantina.  INGAT! ISLAM ITU MUDAH.  TAPI KINI, RAMAI ORANG YANG AMBIL MUDAH TERHADAP HUKUM HAKAM ISLAM.

sumber: aku tak ingat pula sama ada ustaz hafiz suliman atau ustaz kashful anwar di sma maiwp yang bagitahu. haha.. banyak makan semut ke che na?

EH, panjang pulak explaination aku untuk no 14 ni.















15. Sayang, abang just nak tanya. Rambut sayang panjang ke pendek? Bukan apa, i am just thinking of u at the moment…

che na berkata:  see, depa dah berani nak tanya macam macam seperti rambut panjang ke pendek. kalau pompuan ni dok layan je, tak mustahil nanti one time si laki ni boleh tanya saiz underwear si pompuan.











16. Maafkan abang sebab tadi abang  terbeli tudung yang singkat. Abang harap sayang upload la gambar gambar  sayang yang special dengan memakai tudung yang abang bagi tadi. Terima kasih sebab dah bagi gambar. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah! Cantik sungguh sayang. Abang  nak buat wallpaper henpon dan  komputer abang la..

che na berkata: Tak guna betul. Beli tudung singkat dan suruh pompuan pakai, pastu suruh upload lagi. Berani lagi nak guna nama Allah.











17. Yang.. sayang cintakan abang banyak mana? Sepenuh hati sayang? Thanks sayang. love u too.. abang janji yang abang akan jaga sayang baik baik  dan tak akan tinggalkan sayang…

che na berkata: ...........................................................(tak tahu nak komen apa lagi pasal ni..)











18. Sayang. Dah lama kita couple kan.. Takkan abang pegang tangan pun nak marah.. Sayang kan milik abang. Okey, thank for being understanding sebab benarkan abang pegang tangan sayang.

che na berkata: ya, mereka sungguh licik dalam usaha untuk merosakkan pompuan.









19. Sayang kata sayang cintakan abang sepenuh hati.. kalau begitu, apa buktinya sayang cintakan abang?

che na berkata: aku rasa macam engkorang akan paham apa yang akan berlaku selepasnya. si pompuan sanggup menyerahkan diri semata mata untuk membuktikan kasih sayangnya. KONONNYA!!












SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…










20. huh!… sayang mengandung? Betul ke? Cuba  check balik dengan doktor. Takkan  baru buat sekali  dah mengandung. Cuba  check balik  okey..

che na berkata: Oh, jijik! Jangan harap si laki nak bertanggungjawab.










21. Hah?? ! Sayang betul betul  mengandung  la  ni?? Sayang, abang rasa  untuk  kebaikan kita berdua,  lebih baik sayang  gugurkan kandungan tu. Ya, gugurkan okey..

che na berkata: Berani buat tapi tak berani tanggung! Siap suruh si perempuan ni tambahkan dosa dengan gugurkan kandungan.















22. Kenapa pula sayang  tak nak gugurkan kandungan?  Tak berdosa la kalau  bunuh  benda  yang masih   tak  bernyawa. Gugurkan je lah!!! Jangan buat masalah boleh tak??!!

che na berkata: mana kau belajar tak berdosa kalau bunuh benda yang masih tak bernyawa?

















23. Tak sakitlah. Mana ada sakit!!! Kenapa manja sangat ni?  Takkan  benda  mudah macam tu pun  tak boleh buat??  

che na berkata: tak sakit kau cakap? pernah ke kau gugurkan kandungan? benda mudah kau kata? kau pernah rasa ke? tentulah tidak bukan. enak saja ngomongnya. makanya, jangan cakap seenak hati kamu. pikirin dulu. <---- wakaka.. aku punya emosi mencakar langit seperti KLCC pula.















24. Sayang, abang  minta maaf sebab abang   tak  boleh  temankan sayang ke klinik tu. Abang malu kalau terserempak dengan family or member abang. Malu la abang kalau diorang nampak abang bawa  sayang   dengan  perut sayang yang besar tu..

che na berkata: tahu pula kau malu? mana perginya rasa malu kau tu masa buat maksiat? 'malu' kau pegi TESCO beli mister potato ke waktu kau tengah buat maksiat tu?


















25. Apa????    RM 5,000?? kau yang  mengandung! Kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu. Bukan masalah aku. Lantak kau la. Bukan masalah aku jugak keluarga kau pulaukan kau. Kau tu yang bodoh!! kau ingat kau tu cantik sangat ke?? Aku dah tak inginkan  kau!! PERGI MAMPOS LA!

che na berkata: Apa pula bukan masalah kau? Sama sama buat sama sama tanggung la weyh.. Dulu bukan main kau puja puji si pompuan bagai.















26. Jangan  call  dan  sms aku  lagi  boleh tak?! Aku  sibuk tahu tak? Tak ada masa  untuk  layan kau!…

che na berkata: Tak ada masa nak layan? Dulu kau cakap kau selalu ada masa untuk layan si pompuan. Setiap detik waktu kau hanya untuk si pompuan. Mana pergi kata kata kau dulu. Pergi Tesco untuk teman rasa 'malu' jugak ke?














27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..

*dan kejadian terus berulang..









Haaaaaaa.. Dah baca? Gerun tak? Aku tak peduli la korang gerun ke tidak sebenarnya. Tapi, aku gerun. Memang licik lelaki ni untuk merosakkan wanita. Ya, share la kepada orang orang yang anda sayang sebagai peringatan kepada mereka sebelum terlambat.









7 comments:

  1. really thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. perempuan hqrus lebih berhati hati. terima kasih untuk peringqtan ni...

    -atikah ayu-

    ReplyDelete
  3. no 6 tu dah jadi kebiasaan dlm kalangan remaja.
    termasuk saya.. heheeh

    ReplyDelete
  4. Part paling best nak bacer....

    Che Na BERKATA.....<-----serius aku stuju + lawak giler?

    ReplyDelete
  5. Benda ni kena sebar kan luas luas ye. Semoga kita masih sempat menyelamatkan gadis gadis yang solehah .

    ReplyDelete
  6. rase mcm nk ludah je kt muka lelaki mcm tu..stress plk aku...

    ReplyDelete